ALANG-ALANG BERNIAGA BIAR SAMPAI MENJENGAH DUNIA
Video akan datang.
Mengenai projek MYCO Bisnes : Undang-undang perniagaan  di Malaysia tidak mewajibkan seseorang peniaga mempunyai kelayakan akademik yang khusus. Sesiapa sahaja dari latarbelakang manapun boleh mendaftarkan perniagaan dan boleh menjadi Pengarah Syarikat asalkan  berumur 18 tahun ke atas dan bukan seorang yang bankrup.  MYCO membahas dan mengupas isu-isu berkaitan perniagaan dan korporat khususnya di Malaysia dan menerbitkan bahan-bahan yang diolah dalam pelbagai bentuk seperti video maklumat dan dokumentari drama ( dokudrama) yang boleh ditonton bagi tujuan pembelajaran  sendiri (self learning) dan latihan.  Pendedahan ini dapat membantu menambahkan ilmu dan maklumat bagi  peniaga, pengarah syarikat, pemegang saham syarikat malah golongan pelajar. Ilmu yang terbaik membantu anda membuat keputusan yang terbaik seperti memposisikan diri sebagai pemilik, Pengarah syarikat, pemegang saham, CEO, mengawal kewangan, mengeluarkan dividen, tanggungan dan banyak lagi yang harus anda terokai sebagai seorang peniaga.

Penafian : Segala kandungan di laman web mycoi.com.my  berserta bahan-bahan yang diterbitkan melalui projek MYCO Bisnes adalah dibangunkan hasil pengkajian dan penelitian yang sewajarnya berdasarkan pengalaman para penulis, pengkaji dan penerbitnya. Kandungan MYCO disalurkan sebagai wacana ilmu, medium pencetusan minda dan maklumat umum bertujuan menggalakkan (encourage) individu meningkatkan prestasi diri dan sekaligus memajukan perniagaan mereka. Penerbit  tidak menjamin maklumat yang dibentangkan  samada secara tersurat atau tersirat adalah penjelasan muktamad berkaitan dengan sesuatu peraturan atau perundangan perniagaan ataupun solusi (solution) maupun konklusi ( conclusion) kepada sesuatu isu yang dibentangkan . Justeru para pembaca dan penonton harus mendapatkan nasihat daripada pakar dan profesional dalam hal ehwal korporat, perundangan, kewangan dan perniagaan bagi memperjelaskan sesuatu isu yang dihadapinya. Penerbit berhak membuat sebarang pindaan dan/atau perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Penerbit  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat atau ketepatan maklumat yang dipaparkan.

Pernyataan Hakcipta : Hakcipta laman web mycoi.com.my dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya  adalah hak Penerbit  dan sekutunya termasuk penulis, penerbit  dan pengarahnya  kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian kandungannya  boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Penerbit. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh disalurkan ke email info@mycoi.com.my.



© Centric Asia Media 2020




PERNIAGAAN. HARUS BERSEDIA HADAPI CABARANNYA

Perniagaan di Malaysia boleh didaftarkan dalam pelbagai bentuk  dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Bagi yang mendaftarkan syarikat persendirian khususnya,  undang-undang korporatnya mempunyai rangka dan struktur yang hampir setara dengan perundangan syarikat di negara-negara lain.

Di Malaysia setiap syarikat persendirian wajib menggunakan perkataan “Sendirian Berhad”  pada hujung namanya.  Negara lain menggunakan penghujung yang hampir serupa maknanya samada “Limited” seperti di United Kingdom ataupun “Limited Liability Company” atau LLC di Amerika Syarikat . Ini bermakna, pengarah-pengarah  syarikat Malaysia boleh saja mengembangkan syarikat Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa malah boleh menguasai syarikat atau asset luar negara, sekiranya mampu.

BUKA SYARIKAT  BIAR SAMPAI  TEGUH

Para usahawan dan ahli perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia  rata-ratanya memiliki pendidikan yang baik dan dianggap mempunyai kemampuan yang tersendiri untuk menerajui perniagaan dan syarikat. 

Hakikatnya sesuatu perniagaan yang terbaik haruslah stabil.  Ianya boleh diukur dengan kemampuan pengurusan syarikat mengawal dan menyelia pengurusan, operasi dan kewangan dan selainnya. Tanggungjawab memantapkan syarikat terletak di bahu para pengarahnya  yang merupakan pasukan tertinggi dalam struktur sesebuah syarikat

PIMPIN SYARIKAT KEARAH KECEMERLANGAN

Selain kemampuan menguruskan hal perniagaan , seorang Pengarah Syarikat perlu mempunyai pengetahuan asas atau pendedahan mengenai pensyarikatan. Ini bagi memastikan mereka dapat menangani  dengan sebaiknya pelbagai isu hal-ehwal korporat yang boleh timbul  seperti  hak, tanggungjawab, tanggungan pengarah serta pemegang saham.

TANGANI  ISU SEBELUM PARAH

Pertelingkahan korporat boleh membawa kepada kemusnahan sesuatu syarikat. Ianya boleh berakhir dengan pembubaran atau diambilalih oleh pihak lain secara paksa. Sesuatu konflik boleh timbul hanya dengan perselisehan pendapat di antara pengarah dan pemegang saham dan ini, sekiranya berlanjutan boleh menjejaskan keberadaan syarikat itu sendiri.

TINGKATKAN  ILMU, TINGKATKAN  KAPASITI

Penguasaan ilmu dan maklumat akan  meningkatkan kapasiti dan  kredibiliti  para usahawan dan pengarah syarikat selaku pimpinan syarikat dan perniagaan.

Perkongsian informasi dan percambahan fikiran antara pengarah syarikat dengan para profesional dalam hal ehwal korporat seperti Setiausaha Syarikat , Juruaudit dan peguam membantu para pengarah syarikat  memahami selok belok syarikat dan kewajipan sebenar mereka. Tidak boleh dinafikan di antara faktor kejayaan  sesuatu syarikat yang dapat  mengembangkan sayapnya merentasi sempadan perniagaan sehingga peringkat antarabangsa ialah kebolehan pasukan pengurusannya dalam mengeksploitasikan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara dan peraturan bagi mencapai hasrat dan perancangan mereka. Mentaliti positif , sikap positif dan pelbagai kriteria positif  para peneraju syarikat-syarikat kecil dan sederhana adalah di antara  elemen penting yang dapat melonjakkan perkembangan sesuatu perniagaan dan syarikat.

MAJIKAN DAN PEKERJA – GANDINGAN ISTIMEWA

Setiap syarikat selaku majikan perlukan kepimpinan yang berwibawa untuk membawa bahtera perniagaan ke mercu tertinggi yang boleh dicapai.  Setiap syarikat perlukan para pekerja yang cekap dan berdedikasi yang boleh merealisasikan segala perancangan syarikat. Kejasama majikan-pekerja adalah satu bentuk perkongsian pintar.

KEJAYAAN PERNIAGAAN KEJAYAAN BERSAMA

Usahawan yang mencapai tahap kemantapan dalam pengurusan dan kepimpinan  boleh menerajui syarikatnya setara dengan para ahli perniagaan dan korporat antarabangsa.
TIADA JALAN PINTAS UNTUK KEJAYAAN.

Usaha yang berterusan dalam pelbagai bentuk samada masa, tenaga, pemikiran, modal dan sokongan yang disalurkan pelbagai pihak dalam perniagaan anda adalah pelaburan jangka panjang yang akan membangun sedikit demi sedikit.

Niat dan kepercayaan juga adalah faktor penting yang memacu anda untuk terus berusaha walau dalam waktu keadaan ekonomi yang  memberangsangkan maupun semasa keadaan ekonomi yang bergelora.
BELAJAR KAEDAH DAN STRATEGI  DARI PENGALAMAN
SEBENAR ORANG LAIN.

Learn techniques and strategies from
real experience of others.

FOKUS – kandungan (content) MYCO BISNES menonjolkan  isu sebenar  dalam kehidupan ahli perniagaan , pengarah syarikat dan para profesional lain seperti akauntan, peguam, setiausaha syarikat dan pegawai. 

CERITA – MYCO BISNES mengadunkan bahan ilmiah dalam pelbagai silibus peringkat universiti dengan kisah-kisah sebenar dalam perniagaan. 

TONTON SAMPAI FAHAM – pembelajaran melalui cerita yang diterbitkan dalam video membolehkan penonton menelaah kandungannya berulang kali sehingga mendapat kefahaman sesuatu perkara.   

RUJUK PAKAR – untuk dapat kefahaman dan penjelasan yang lebih mendalam mengenai sesuatu perkara yang dipaparkan dalam cerita (contohnya isu hal ehwal korporat dan perakaunan) penonton disarankan merujuk kepada penasihat dan para professional yang berkaitan. 























PEKERJAAN & PROFESYEN - MYCO BISNES memberi gambaran dan pengetahuan kepada penonton mengenai  realiti dan cabaran pekerjaan dan profesyen dalam dunia perniagaan dan korporat. 

INSPIRASI – cerita-cerita dalam siri MYCO BISNES membantu penonton menjiwai kehebatan dunia keusahawanan dan juga cabaran dalam profesyen dan kerjaya berkaitan dengannya yang boleh mereka ceburi.

IKTIBAR PENGHIDUPAN -  melalui cerita, penonton dapat menjiwai kisah kemanusiaan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kerohanian.

PEMBELAJARAN ILMIAH – MYCO BISNES mengupas kaedah dan prinsip pengurusan perniagaan, perakaunan, kewangan, undang-undang, pemasaran , pentadbiran korporat dan lain-lain.

BELAJAR BIAR SAMPAI PANDAI – MYCO BISNES hanya satu usaha menyampaikan bahan-bahan untuk pembelajaran. Samada ia boleh membantu melonjakkan tahap pemikiran dan amalan anda bergantung kepada diri anda sendiri. Yang pasti anda boleh meraih ilmu pengetahuan, maklumat dan inspirasi daripada bahan-bahan MYCO.
TEROKA BAGAIMANA PARA AHLI PERNIAGAAN MENGEMUDI EMPAYAR  PERNIAGAAN MEREKA.

Explore how businessmen navigate their business empires.


Gelora ekonomi 2020+ mendepani
cabaran pandemik COVID-19 yang
menggugat hampir keseluruhan
aspek kehidupan manusia.

Latarbelakang lagu LULUH - KHAI BAHAR,
Cover oleh Farhan Sam


FAKTA

Setakat 31 Julai 2021, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) merekodkan
sebanyak 1,414,467 syarikat telah didaftarkan di mana sebanyak 1,409,550 adalah syarikat tempatan.
Sebanyak 8,131,274 perniagaan telah didaftarkan di mana  6,723,644 adalah  pemilikan tunggal (sole proprietorship)  dan 1,407,630  adalah perkongsian (partnership).

MYCO BISNES - PEMBELAJARAN KENDIRI (SELF LEARNING) PERNIAGAAN & KORPORAT

Platform pembelajaran dan latihan  mempergunakan media dan seni sebagai alat penyampaian. 
Alternatif kepada kaedah latihan dan pembelajaran melalui bengkel dan seminar.
Penyampaian kandungan perniagaan dan keusahawanan  berkonsepkan cerita.