MENIMBA ILMU DAN PENGAJARAN DARI PERJALANAN ORANG LAIN

Cerita-cerita yang bisnes dan korporat Malaysia yang dirangka agar dapat mencetuskan minda dan mendorong pemikiran positif dalam menghadapi pelbagai karenah dan tribulasi dalam perniagaan.

KERJAYA. PROFESYEN. KEDUDUKAN . HAK . TANGGUNGJAWAB.  UNDANG-UNDANG. KONFLIK. MENGANALISA . MERUNGKAI.  MANIPULASI.  ASPIRASI. MOTIVASI. JENAYAH KOLAR PUTIH. ETIKA. JENAMA . KETOKOHAN .KEPIMPINAN. STATUS KORPORAT. 













































































SIRI CERITA  

Melalui pendekatan penceritaan, kami menggabungkan kisah kehidupan perjalanan usahawan, ahli perniagaan dan tokoh korporat dengan isu-isu yang dihadapi oleh mereka.

Ketokohan, cara fikir, semangat, prinsip, gaya hidup, kepimpinan dan kepercayaan mereka di antara bahan-bahan yang diadun dalam kisah-kisah siri CORPORATE JOURNEYS.

Bertujuan menggerakkan pencetusan minda (brainstorming), menyampaikan tip dan kaedah menyelesai sesuatu perkara, anda juga boleh menjadikan personaliti-personaliti yang dipaparkan seperti seorang Pengerusi syarikat(Chairman), Pengarah Urusan ataupun CEO, Chief Financial Officer (CFO) dan lain-lain sebagai refleksi perjalanan perniagaan anda sendiri dan mungkin juga inspirasi buat anda untuk mengecapi taraf dan tahap yang dicapai oleh mereka dalam cerita.

Siri kisah-kisah dalam CORPORATE JOURNEYS boleh dijadikan kajian kes bagi mereka yang berminat mengenai sabjek-sabjek perniagaan dan korporat khususnya pelajar-pelajar universiti.


USAHAWAN, SUDAH BERSEDIAKAH KITA

Samada kita berniaga dalam bentuk perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat ( Sdn Bhd/Berhad), kita sebenarnya dikelilingi pelbagai undang-undang dan peraturan yang boleh menghimpit  diri kita selaku penerajunya. 

Hari ini kita boleh lihat dan alami sendiri pengaruh syarikat korporat atau konglomerat dunia sehingga menguasai politik sesebuah negara dan  mempengaruhi polisi dalam sesuatu industri termasuklah perniagaan, pendidikan, media, perubatan, sosial, agama dan banyak lagi. Hakikatnya di era ekonomi masakini, pelbagai persaingan, teknologi dan informasi perlu diraih bagi memperlengkapkan diri kita selaku pemain perniagaan.  Antaranya pengetahuan, teknik dan taktik dalam dunia perniagaan sebenar yang diamalkan dan dieksploitasi oleh pemain dan usahawan yang sudah berhasil menguasai persekitaran perniagaan mereka yang menempatkan mereka lebih kehadapan berbanding mereka yang masih berniaga mengikut cara dan kaedah lama. 

Bagi mereka yang berniaga atas landasan syarikat samada ‘Sdn Bhd’ atau ‘Berhad’, ilmu berkaitan korporat atau pensyarikatan penting bagi  membantu merancang perniagaan atau membesarkan syarikat ke tahap yang lebih tinggi. Para pemilik syarikat (Pemegang Saham) dan mereka yang mentadbir syarikat (Pengarah Syarikat) perlu mengetahui selok belok korporat yang sebenarnya. Hal ehwal korporat bukan sekadar menerahsimpan Penyata Tahunan (Annual return), menyedia akaun dan mengaudit akaun kemudian menyerahsimpan ke SSM.  Ianya lebih dari itu.

Sikap tidak mahu ambil tahu atau 'ignorant' berkaitan pentadbiran korporat syarikat kita boleh menyebabkan kita kehilangan perniagaan yang kita bangunkan ataupun menjebakkan kita dalam konflik dengan pemegang saham, pengarah, pelabur, pembekal, dan selainnya.  Gangguan seperti ini boleh meningkatkan kos perniagaan kita dan lebih teruk lagi membantutkan perjalanan perniagaan syarikat kita.

Ilmu yang diraih  dari pelbagai sumber lain seperti pengalaman sebenar, latihan, pengkajian dan explorasi mungkin lebih membumi dengan keperluan pengisian diri kita selaku peneraju perniagaan zaman ini. Siapapun kita, samada seorang yang bercita-cita menjadi ahli korporat atau kita seorang pelajar bidang berkaitan ekonomi dan perniagaan  mahupun kita  seorang yang sudah berniaga, adalah kritikal kita mengenal ilmu-ilmu yang boleh membantu melonjakkan perniagaan kita. Dalam masa yang sama kita juga perlu kenal faktor yang boleh melemahkan atau menjatuhkan perniagaan kita agar kita sentiasa peka kepada apa yang berlaku di sekeliling hal ehwal perniagaan kita.

Hakikatnya walaupun dalam gelora atau ribut, kita harus terus membawa bahtera perniagaan kita meluncur ke hadapan.



Mengenai projek MYCO Bisnes : Undang-undang perniagaan  di Malaysia tidak mewajibkan seseorang peniaga mempunyai kelayakan akademik yang khusus. Sesiapa sahaja dari latarbelakang manapun boleh mendaftarkan perniagaan dan boleh menjadi Pengarah Syarikat asalkan  berumur 18 tahun ke atas dan bukan seorang yang bankrup.  MYCO membahas dan mengupas isu-isu berkaitan perniagaan dan korporat khususnya di Malaysia dan menerbitkan bahan-bahan yang diolah dalam pelbagai bentuk seperti video maklumat dan dokumentari drama ( dokudrama) yang boleh ditonton bagi tujuan pembelajaran  sendiri (self learning) dan latihan.  Pendedahan ini dapat membantu menambahkan ilmu dan maklumat bagi  peniaga, pengarah syarikat, pemegang saham syarikat malah golongan pelajar. Ilmu yang terbaik membantu anda membuat keputusan yang terbaik seperti memposisikan diri sebagai pemilik, Pengarah syarikat, pemegang saham, CEO, mengawal kewangan, mengeluarkan dividen, tanggungan dan banyak lagi yang harus anda terokai sebagai seorang peniaga.

Penafian : Segala kandungan di laman web mycoi.com.my  berserta bahan-bahan yang diterbitkan melalui projek MYCO Bisnes adalah dibangunkan hasil pengkajian dan penelitian yang sewajarnya berdasarkan pengalaman para penulis, pengkaji dan penerbitnya. Kandungan MYCO disalurkan sebagai wacana ilmu, medium pencetusan minda dan maklumat umum bertujuan menggalakkan (encourage) individu meningkatkan prestasi diri dan sekaligus memajukan perniagaan mereka. Penerbit  tidak menjamin maklumat yang dibentangkan  samada secara tersurat atau tersirat adalah penjelasan muktamad berkaitan dengan sesuatu peraturan atau perundangan perniagaan ataupun solusi (solution) maupun konklusi ( conclusion) kepada sesuatu isu yang dibentangkan . Justeru para pembaca dan penonton harus mendapatkan nasihat daripada pakar dan profesional dalam hal ehwal korporat, perundangan, kewangan dan perniagaan bagi memperjelaskan sesuatu isu yang dihadapinya. Penerbit berhak membuat sebarang pindaan dan/atau perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Penerbit  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat atau ketepatan maklumat yang dipaparkan.

Pernyataan Hakcipta : Hakcipta laman web mycoi.com.my dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya  adalah hak Penerbit  dan sekutunya termasuk penulis, penerbit  dan pengarahnya  kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian kandungannya  boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Penerbit. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh disalurkan ke email info@mycoi.com.my.



© Centric Asia Media 2020