--------------------------------------------------------------------------------------------
KAJIAN KES
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN
BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP
--------------------------------------------------------------------------------------------
1) Bagaimana keluarga Halimah pastikan pelaburan RM10 juta yang dipohon oleh Tajudin dibuat dengan selamat dan terjaga mengikut kehendak mereka?
2) Apakah strategi yang digunapakai oleh keluarga Halimah selaku pelabur untuk pastikan Halimah mempunyai hak mutlak ke atas ARENAMAYA sekiranya Tajudin menyeleweng?
3) Sekiranya ARENAMAYA didaftarkan sebagai sebuah perkongsian (partnership), bagaimana modal RM10 juta yang dikeluarkan oleh keluarga Halimah perlu diambilkira?
4) Adakah pelaburan dalam hartanah seperti yang dibuat oleh ARENAMAYA terjamin keuntungannya berbanding sekiranya ARENAMAYA melabur dalam perniagaan lain (subsidiari atau syarikat sekutu)?
5) Bagaimana Tajudin boleh mendapat saham 10% dengan nilai RM1 juta sedangkan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu semasa ARENAMAYA ditubuhkan?
6) Bagaimana Halimah pastikan ARENAMAYA jadi milik Zac dan tidak jatuh ke tangan orang lain walaupun selepas dia meninggal dunia?
7) Bolehkan Ivy menuntut kepada ARENAMAYA bahagian wang yang dijanjikan oleh Tajudin kepadanya?
8) Bolehkan Ivy menuntut kepada Zac bahagian wang yang dijanjikan oleh Tajudin kepadanya?
9) Bagaimanakah anda fikir Tajudin patut menyelesaikan tuntutan Ivy?
10) Bagaimanakah anda fikir Tajudin patut lakukan bilamana Zac enggan menjadi penyelamat nya dan penyelamat ARENAMAYA?
11) Sekiranya Tajudin meninggal dunia, adakah saham ARENAMAYA yang dipegangnya boleh menjadi milik Ivy dan Azman (anak Tajudin dan Ivy) menurut hukum Faraid (bagi orang Islam) atau undang-undang lain bagi yang bukan Islam?
12) Adakah tindakan Zac menarik diri sebagai Pengarah KUASA ARENA dan menggantikan dengan Malik satu tindakan yang wajar hanya kerana dia terpaksa ke luar negara?
13) Sebagai pelabur KUASA ARENA, apa langkah yang boleh dilakukan oleh Zac untuk pastikan modal RM250,000 yang dilaburkannya ditadbir dengan sebaiknya oleh ALI, rakan kongsinya?
14) Apakah langkah lain yang boleh dilakukan oleh Zac untuk pastikan Ali menjaga KUASA ARENA dengan sebaiknya ketika dia di luar negara?
15) Sekiranya anda seorang 'fresh graduate' lulusan kursus-kursus berkaitan perniagaan, keusahawanan, perakaunan, pentadbiran korporat (corporate administration), kewangan (finance), undang-undang dan sains sosial seperti Zac dan anda dikehendaki mentadbir ARENAMAYA, adakah anda rasa anda cukup bersedia untuk melaksanakannya?
16) Kursus apakah di university di Malaysia yang anda rasa paling baik untuk menyediakan seorang graduan untuk mentadbir sebuah syarikat seperti ARENAMAYA.
17) Sekiranya anda ialah Tajudin, bagaimana anda akan membelanjakan dana RM10 juta yang dilaburkan oleh keluarga Halimah?
18) Kenapakah Zac tidak mahu daftarkan perniagaan KUASA ARENA sebagai sebuah Perkongsian, sebaliknya dia mendaftarkan syarikat 'Sendirian Berhad'.
--------------------------------------------------------------------------------------------
KAJIAN KES
HAL EHWAL KORPORAT & UNDANG-UNDANG SYARIKAT
CORPORATE AFFAIRS AND CORPORATE LAW
--------------------------------------------------------------------------------------------
1) Apakah makna 'saham syarikat' dan bagaimana saham ARENAMAYA & KUASA ARENA diwujudkan?
2) Adakah syarikat persendirian (Sdn Bhd) seperti ARENAMAYA boleh mewujudkan sekatan atau syarat ke atas pemilikan saham seperti yang dilakukan oleh keluarga Halimah terhadap Tajudin?
3) Bagaimana Pengiran Mukhriz yang berdaftar sebagai Pemegang Saham ARENAMAYA sebenarnya hanya Pemegang Amanah saham tersebut sahaja?
4) Apakah proses dan prosidur yang perlu dilakukan oleh IKA (Setiausaha Syarikat ) untuk mendaftarkan Zac sebagai Pemegang Saham ARENAMAYA bagi menggantikan Pengiran Mukhriz yang telah meninggal dunia?.
5) Apakah proses dan prosidur yang perlu dilakukan oleh Ika untuk mendaftarkan Zac sebagai Pengarah ARENAMAYA bagi menggantikan Pengiran Mukhriz yang telah meninggal dunia?.
6) Oleh kerana Zac enggan menjadi Pengarah dan Pemegang Saham ARENAMAYA bagi menggantikan Pengiran Mukhriz, apakah pilihan sementara yang boleh digunapakai oleh Tajudin untuk pastikan ARENAMAYA boleh terus beroperasi?
7) Adakah dengan adanya Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement), Tajudin masih boleh menyelewengkan wang ARENAMAYA ? Bagaimana?
8) Adakah struktur ARENAMAYA yang mempunyai hanya 2 orang Pengarah dan 2 orang Pemegang Saham itu ideal? Jika tidak, apakah struktur yang ideal?
9) Bolehkah Ika mendaftarkan pindahmilik saham ARENAMAYA kepada Zac dengan menggunakan surat wasiat Pengiran Mukhriz tanpa mendapatkan persetujuan dan tandatangan Zac?
10) Kenapakah Bank membekukan akaun ARENAMAYA selepas kematian Pengiran Mukhriz sedangkan masih ada seorang lagi penandatangan (signatory) yang masih aktif iaitu Tajudin.
11) Bagaimana posisi seorang Pemegang Amanah (Trustee) saham seperti Pengiran Mukhriz dan Benefisiari saham seperti Zac?
12) Apakah prosidur yang perlu dilakukan oleh ARENAMAYA untuk membeli dan memiliki hartanah?
13) Apakah prosidur yang perlu dilakukan oleh ARENAMAYA untuk membeli dan memiliki saham syarikat lain ?
14) Apakah prosidur yang perlu dilakukan oleh ARENAMAYA untuk memberikan Elaun Pengarah kepada Tajudin dan Mukhriz?
15) Apakah prosidur yang perlu dilakukan oleh ARENAMAYA untuk menstrukturkan semula (restructure) pelaburannya?
16) Apakah prosidur yang perlu dilakukan oleh ARENAMAYA untuk melantik Zac sebagai Pengarah?
17) Apakah prosidur yang perlu dilakukan oleh ARENAMAYA untuk mengisytiharkan dividen kepada Tajudin dan Mukhriz setiap tahun?
18) Bagaimana Tajudin dapat menyembunyikan maklumat kewangan ARENAMAYA sehingga tidak dapat diakses oleh Ivy?
19) Apakah fungsi dan peranan FADLI selaku Pengarah Nominee dalam anak syarikat dan syarikat sekutu ARENAMAYA?
20) Bagaimana Ali yang disuruh mengurus dan mentadbir KUASA ARENA sepenuhnya boleh pastikan usaha dan haknya dalam KUASA ARENA akan terpelihara?
21) Apakah kedudukan sebenar Malik yang dilantik oleh Zac sebagai Pengarah tetapi tidak memiliki saham KUASA ARENA?
--------------------------------------------------------------------------------------------
KAJIAN KES
PERAKAUNAN & KEWANGAN
ACCOUNTING AND FINANCE
--------------------------------------------------------------------------------------------
1) Bagaimana keluarga Halimah pastikan Tajudin tidak menyelewengkan wang tunai yang dilaburkan dalam ARENAMAYA?
2) Bagaimana Pengiran Mukhriz di Brunei memantau kewangan ARENAMAYA di Malaysia bagi memastikan ARENAMAYA ditadbir dengan sebaiknya oleh Tajudin ?
3) Apakah risiko kewangan melaburkan wang dalam saham syarikat?
4) Bolehkah Juruaudit ARENAMAYA mengeluarkan Laporan Audit dalam tempoh ARENAMAYA hanya tinggal hanya seorang saja Pengarah dan Pemegang Saham?
5) Bagaimana nilai (value) ARENAMAYA diperoleh dalam Laporan Audit?
6) Bagaimana Fadli (Akauntan) melakukan penstrukturkan semula (restructuring) pelaburan ARENAMAYA ?
7) Apakah EPC (Exempt Private Company) dan bagaimanakah ianya dipergunakan oleh ARENAMAYA?
8) Bagaimana ARENAMAYA mengeluarkan dividen kepada Tajudin dan Mukhriz setiap tahun?
9) Bilamana Tajudin mengatakan nilai ARENAMAYA dalam lingkungan RM50 juta, bagaimana nilai tersebut diperoleh?
10) Jika nilai ARENAMAYA dalam RM50 juta, berapakah nilai sesaham ARENAMAYA?
11) Bagaimanakah kerangka atau struktur Penyata Kewangan ARENAMAYA selaku syarikat pelaburan?
12) Bagaimanakah kerangka atau struktur cukai pendapatan ARENAMAYA selaku syarikat pelaburan?
13) Apakah fungsi dan peranan Fadli selaku CFO ARENAMAYA?
14) Bagaimana Fadli akan mengira zakat perniagaan ARENAMAYA seperti diminta oleh Zac?
15) Bagaimana Ali mendapat 30 % saham KUASA ARENA sedangkan Zac yang mengeluarkan keseluruhan modal sebanyak RM250,000 untuk memulakan perniagaan mereka?
16) Bagaimana Ali membayar nilai 30 % saham KUASA ARENA yang diperuntukkan kepadanya?
17) Apakah fungsi dan peranan Fadli selaku Financial Controller dalam KUASA ARENA?